Thursday, May 14, 2015

Ucapan di Dewan Undangan Negeri pada 13-5-2015 dan 14-5-2015


Ucapan Perbahasan Ahli Dewan Undangan Negeri Air Itam, YB Wong Hon Wai pada 13-5-2015 di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Penang Port

Statistik yang didapati pada Penang Monthly Keluaran April 2015. 
 
(a) Number of ship calls at Penang Port

Tahun 2013: Domestik: 2862, Foreign:3447. Jumlah:6309
Tahun 2014: Domestik:3172, Foreign:2965. Jumlah:6137.

Ini jelas menunjukkan jatuhnya jumlah number of ship calls at Penang Port. Walaupun terdapat kenaikan dari kategori domestik sebanyak 310 lebih tetapi jatuhnya kategori foreign sebanyak 482. Dan net outcome ialah jatuh 172.

Statistik yang sama untuk gross registered tonnage at Penang Port

(a) Tahun 2013: Domestik: 22,506,207. Foreign:41,449,224. Jumlah: 63,955,501
(b) Tahun 2014: Domestik: 21,291,998. Foreign:38,097,300. Jumlah:59,389,298

Ini juga menunjukkan jatuhnya jumlah gross registered tonnage at Penang Port.

Penang Port ialah Pelabuhan yang terlama di Malaysia dan longest continuously operating di Malaysia.Oleh itu, trend kejatuhan 14% international ship calls pada tahun 2014 berbanding 2013 hendak dipandang serius. Apakah sebabnya kejatuhan tersebut? Apakah cadangan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang untuk meningkatkan prestasi Penang Port? Apakah supervisory power Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam aspek ini?



Isu Tanjong City Marina yang terbiar

Tanjong City Marina terletak antara Swettenham Pier International cruise terminal dan pengkalan Raja Tun Uda ferry terminal yang dibina pada 2006 oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) untuk accommodate up to 140 yachts pelbagai saiz. Kemudian marina ini dijaga oleh Penang Port Sdn Bhd.

Saya meminta projek Eco Marina yang dijalankan oleh Eco World Development Bhd di Batu Kawan hendaklah tidak mengulangi kesilapan Tanjung City Marina yang membuang 44 juta ke dalam laut sehingga platoon-platoon terjumpa di Sungai Prai, berpuluh-puluh kilometer dari tempat asal. Memang projek di bawah seliaan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.

Saya mendapat laporan marina tersebut poorly managed and maintained dan dalam keadaan terbiar.

Saya meminta Kerajaan Negeri memantau rapi projek marina di Batu Kawan supaya ia dapat mencapai kejayaan.

Dredging of North Channel

Syarikat Seaport Terminal(Johore) Sdn Bhd telah mengambil alih operasi dan pengurusan Pelabuhan Pulau Pinang
 
Saya perlu mengingatkan obligasi syarikat tersebut dalam Perjanjian Penswastaan
iaitu kerja-kerja pengerukan dasar laut (dredging) kepada kedalaman 15 meter.
Kerja-kerja pengerukan dasar laut (dredging) North Channel itu penting untuk memastikan pelabuhan kita remain competitive untuk menerima kapal besar. Sekiranya dredging tidak dilakukan, pelabuhan akan semakin cetek dan tidak dapat menerima kapal yang lebih besar.
Bagaimana tiada pengumuman rasmi bahawa Seaport Terminal (Johore) ambilalih Penang Port?
 
Bagaimana rakyat Pulau Pinang keep in the dark tentang perjanjian Penswastaan? Bagaimana klausa penting dredging dalam perjanjian penswastaan ini tidak disebutkan masa pelaksanaan dan hanya atas budi bicara syarikat swasta ini?
 
Ini bukan projek sebarangan tetapi keperluan dredging projek yang dianggarkan RM353 million dalam perjanjian penswastaan ini.
 
Saya meminta Kerajaan Negeri mendapatkan sesalinan Perjanjian Penswastaan dan melihat kepada terma-terma penswastaan untuk memenuhi kepentingan Pulau Pinang.
Reclamation of Land Project
Saya meminta Kerajaan Negeri untuk merujuk kepada Hong Kong dan Singapore yang mendapatkan additional land bank melalui reclamation projek. Singapore telah reclaim sebanyak 130 km persegi tanah. Hong Kong ialah 60 km persegi. Saya mencadangkan Kerajaan Negeri membuat projection terhadap keperluan reclamation ini supaya kita boleh membekalkan tanah untuk pembangunan, kediaman dengan jadual yang berpatutan dan bukan terlalu banyak dan bukan terlalu kurang.

Dewan Undangan Negeri

Kecil dan molek. Ciri keunikan DUN Pulau Pinang sekarang hendaklah dikekalkan

(1) Bilik Persidangan yang duduk rapat-rapat hendaklah dikekalkan. Ini seperti di Westminster System di England yang 650 Ahli Parlimen tetapi di bilik persidangan yang kecil.

Bilik makan yang sederhana supaya aturan buat masa ini ADUN-ADUN dari pelbagai parti boleh berinteraksi semasa masa rehat.

Easy access to DUN. Orang ramai boleh memasuki DUN dengan memohon pas di pondok keselamatan dan boleh duduk di public gallery untuk mendengar ucapan wakil rakyat mereka.

Saya pernah melawat Bangunan DUN Sarawak dan ciri-ciri berikut boleh dibelajar dari DUN.
Library yang besar dengan koleksi buku-buku rujukan dan laporan dun dan kerajaan
Bilik persendirian untuk wakil rakyat


Planning law

Saya telah mendengar di persidangan ini dan persidangan lalu bahawa perdebatan tentang structure plan dan local plan. Pada pandangan saya, kita kena lihat trend terkini negara-negara lain berkenaan planning law. Di United Kingdom, structure plan dan local plan telah dimansuhkan di United Kingdom pada tahun 2004. Ia sekarang diganti dengan Regional Spatial Strategies dan Local Development Documents.

Di Singapura, Concept Plan digunakan ialah conceptual plan ialah satu broad, long term, island-wide conceptual plan dan tiada perincian tentang zoning, plot ratio dalam conceptual plan. Concept plan dikaji semula 10 tahun sekali.

Cadangan-cadangan tersebut ditukar menjadi Master plan, land use plan dan dikaji setiap 5 tahun.

Saya mencadangan Kerajaan Negeri to relook at our Structure Plan and Local Plan. Kita perlu memberi prioriti kepada Kaji Semula Structure Plan dan bukan kepada local plan. We have to spend time to look at macro view before we go into details of micro view.

We have to be clear on our planning framework. Otherwise, we will be confused by all this planning hierarchy. We have to realise that centralised planning cities is no good. Centrally planned cities like Brasilia, Brazil dan Putrajaya adalah contoh uniform and sterile cities (mandul) yang tiada tarikan.

Our planning processes have to be more realistic, flexible and adaptable, to accurately respond to the complexities of urban living. Contohnya, kita tidak pernah masuk mural paintings di Heritage Area dalam strategi structure plan, tetapi ia begitu berjaya.

Mahkamah Syariah

Saya meminta Kerajaan Negeri supaya melihat kepada beberapa kes high-profile di Mahkamah Syariah Pulau Pinang yang dilaporkan pada tahun 2014

Kes Teoh Cheng Cheng: Pengebumian telah ditangguhkan. Walaupun telah diselesaikan melalui campurtangan Kerajaaan Negeri dan beberapa wakil rakyat termasuk Pengkalan Kota, saya sendiri dan Bukit Gelugor, tetapi perkara ini mendedahkan kelemahan dari segi Jabatan Agama.

Kes Halimah yang telah disabitkan oleh Mahkamah Rendah Syariah dan didenda 14 hari penjara dan denda RM3000. Halimah merayu ke Mahkamah Tinggi Syariah dan menunjukkan dokumen beliau seorang Kristian dan oleh itu bukan bidangkuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar kes beliau. Walau bagaimanapun, Mahkamah Rayuan Syariah overturned the decision of lower courts and order a retrial. Halimah sengsara tiga tahun sebelum Penang Lower Syariah Court discharged and acquitted her.

Saya meminta pegawai-pegawai di Jabatan Agama Islam, prosecuting officers dan judicial officers hendak mengambil maklum bahawa Mahkamah Syariah hanya ada bidang kuasa terhadap orang Islam. Mahkamah Syariah tiada bidang kuasa terhadap Buddhists, Kristian, Taoist, Sikh, Hindu dan agama-agama lain.

Bekalan Air
Saya meminta Kerajaan Negeri untuk menyusuli projek Sungai Perak Raw Projek Water Transfer, sempadan dengan Perak-Penang. Ini penting untuk memastikan bekalan air di Pulau Pinang menjelang 2020.

Berkenaan dengan cadangan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menyatakan Pulau Pinang perlu bayar sebahagian kos untuk protection of the Greather Ulu Muda Catchments.

Sebenarnya saya sokong protection of Greater Ulu Muda di Kedah forestlands as water catchments. Ia akan memberi manfaat kepada negeri Kedah, Perlis dan juga Pulau Pinang.

Ia akan menyokong aktiviti pertanian di ketiga-tiga negeri dan juga bekalan air kepada ketiga-tiga negeri. Sawah Padi di negeri Kedah membekal nasi kepada kita kepada seluruh Persekutuan. Oleh itu, maka seluruh Persekutuan perlu menyumbang kepada protection of Greater Ulu Muda sebagai water catchments. Saya mencadangkan Kerjaaan Kedah untuk mendapatkan peruntukan Persekutuan untuk perlindungan Ulu Muda Catchments dan saya percaya Kerajaan Negeri Perlis dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menyokong terhadap cadangan tersebut.

Kes Pencerobohan Masuk ke Dewan

Saya berasa dukacita dengan keputusan Mahkamah Majistret tentang hukuman denda sahaja ke atas 16 penceroboh. RM1500 untuk 15 OKT dan RM2000 untuk seorang OKT.

Kalau kita banding dengan kes 12 individu yang protes dan berkumpul secara haram semasa majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak 6 tahun lalu, mereka telah masing masing dihukum penjara 10 bulan dan denda RM5,000 selepas mendapati menyertai himpunan haram.

Orang ramai menanyakan kenapa 16 individu mencerobohi DUN dihukum ringan sementara 12 individu di Perak ini mendapat hukuman berat. Adakah kerana 16 di Penang ialah ahli-ahli UMNO dan 12 di Perak ialah Pakatan Rakyat.

Saya meminta Kerajaan Negeri menyusuli dengan pejabat Peguam Negara untuk merayu supaya hukuman setimpal dapat dijatuhkan kerana hukuman denda memang bukan satu hukuman yang setimpal.

Royal Malaysian Air Force (RMAF) base relocation

Saya tertarik dengan laporan NST bertarikh 6-1-2015 yang bertajuk: “93,000 in quandary over airbase move” Abdul Jalil Yusof, penduduk dari Teluk Air Tawar menyatakan mereka berasa risau tentang perkembangan ini. Beliau menyatakan 93,000 penduduk sekitar vicinity over the airbase in Teluk Air Tawar have been having sleepless nights over the possibility of losing their homes.

Dalam laporan akhbar yang sama, pemilik Restoren Robina Stationz Nik Shahrifulnizam Che Rahim nenyatakan pemindahan RMAF base to Ara Kuda akan membuat lanskap. Nelayan, Petty traders, petani, penduduk tempatan akan terpaksa pindah ke tempat lain akibat relocation of Air base.

Saya meminta Kerajaan Persekutuan untuk mendengar rungutan rakyat ini.

Status Laporan Bencana Menara Umno

Saya ingin mengetahui laporan bencana menara UMNO dan laporan suruhanjaya siasatan yang ditubuhkan oleh Kerajaan. Saya difahamkan MPPP telah membelanjakan wang semasa bencana tersebut. Sudahkah bayaran perbelanjaaan kecemasan bencana alam menara umno dijelaskan oleh tuanpunya bangunankah?
--------------













No comments: